Berikut 3 faktor utama orang jadi usahawan:
Kebebasan mengejar peluang baru
Peluang yang terbukan luas apabila terjun jadi usahawan merupakan faktor yang cukup penting untuk seseorang terjun menjadi usahawan. Sudah tentu mereka yang terjun berniaga terlebih dulu nampak peluang di hadapan lalu terus terjun untuk mendapatkannya. Biasanya peluang pertama yang dilihat kemudiannya direbut akan disusuli pula dengan peluang-peluang lain yang baru. Ini perkara biasa apabila kita menjadi usahawan yang kerjanya mencari peluang. Apabila kita mencari, maka mudahlah untuk nampak.
Bertekad merealisasikan minat sendiri
Mengejar minat atau kecenderungan tersendiri tanpa rasa terkongkong atau terbatas juga merupakan satu lagi faktor orang jadi usahawan. Jika makan gaji, semua objektif telah ditetapkan oleh pihak atasan atau majikan. Kita hanya perlu menurutinya dan kalau nak kreatifpun mungkin sekadar terhad pada strategi atau kaedah untuk mencapai objektif sahaja. Bila kita bebaskan diri daripada ditentukan orang lain, maka kita sendirilah yang menentukan hala tuju terhadap apa yang kita minat, percaya atau yakin. Melakukan sesuatu yang diminati juga membuatkan susah payah tidak terasa. Ini juga amat membantu dalam menghadapi tempoh cabaran saat-saat mula menjadi usahawan sehingga berjaya.
Membebaskan diri dari rasa dikawal orang lain
Lumrah mereka yang bercita-cita tinggi dan bertenaga tidak gemar dirinya dikawal oleh orang lain. Ini juga merupakan salah satu ciri-ciri ketua yang degil dengan caranya tersendiri dan rasa tercabar apabila disuruh ke sana ke mari. Apabila tiada sesiapa yang mengawal, maka apa yang perlu dilakukan dan pada masa mana ianya perlu dilaksanakan menjadi hak kebebasan diri sendiri. Jika kita melakukannya adalah atas dorongan keputusan sendiri tanpa paksaaan. Masa yang fleksibel merupakan satu nikmat yang cukup berharga bagi mereka yang ada disiplin yang tinggi. Sebaliknya ia adalah satu masalah pada mereka yang tidak ada disiplin kerana tiadanya kawalan membuatkan manusia sering menangguh-nangguh apa saja yang penting yang perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment