Tatparanandam Ananda Krishnan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938. Beliau merupakan bekas pelajar Harvard Universiti dalam jurusan MBA. Beliau merupakan salah satu calon top 3 jutawan Malaysia. Boleh dikatakan, setiap yang bergelar jutawan pasti terlibat aktif dalam dunia perniagaan. Maka tidak dapat dinafikan bahawa 9/10 rezeki terdapat dalam perniagaan.
Kebijasanaan beliau mengurus pelbagai perniagaan telah membuka minda anak muda untuk menceburi dunia perniagaan hari ini. Seorang tokoh yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan diri sebagai seorang usahawan dan mempunyai cita-cita untuk berjaya. Ananda Krishnan memiliki kemahiran pengurusan yang baik dalam mengurus perniagaan beliau, Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan ini selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan antara bukti perniagaan besar beliau dikendalikan oleh kumpulan professional yang terdiri daripada mereka yang berkaliber dan hebat. selain itu, beliau juga menjalinkan hubungan yang baik dengan beberapa tokoh dan orang yang berpengaruh dalam negara antaranya Tan Sri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi atas kebolehan untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan beliau sentiasa bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan beliau kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah usahawan ini pernah gagal berkali-kali tetapi bangkit akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia dan pernah tersenarai orang paling kaya di dunia dengan menduduki tempat ke 147 pada tahun 2006.
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, beliau boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan. Beliau
bijak dalam mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
bijak dalam mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Beliau terlibat dalam banyak perniagaan dan memiliki syer pasaran hampir sebahagian bahkan lebih dari 50%. Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk maxis, sistem rangkaian siaran Measat dengan hak milik sebanyak 91% dan 100% bagi perniagaan Binariang Satellites Sistem Sdn Bhd. Ananda Krishnan telah membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40% jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang bijak menganalisis dan merebut peluang perniagaan.

No comments:
Post a Comment